Senin, 20 Juni 2011

Qadhaya Ad Da'wah


Sasaran
·          Memahami permasalahan umat Islam yang dihadapi seorang dai dan dapat menyebutkan penyebab
·          Memahami bahawa tarkiz dari penyelesaian permasalahan tersebut adalah membentuk syakhsiyah Islamiyah dan umat Islam
·          Menyedari peranan sikap komitmen terhadap akhlak dan tsaqafah Islamiyah dalam membentuk syakhsiyah Islamiyah mutakamilah

Sinopsis
Setelah perbincangan masalah umat di dalam da’wah yang memfokuskan infiradi sebagai bahagian penting dan isu utama di dalam keadaan da’wah saat ini. Persoalan da’wah yang berlaku secara umumnya da[at dibahagikan kepada persoalan yang senantiasa ada pada manusia dan mungkin berterusan ada kerana perkara ini tidak mengkin terlepas dari keadaan da’wah secara umumnya. Beberapa keadaan ini adalah di sebabkan kerana kejiwaan manusia dengan kecenderungannya, watak, syahwat dan instink.

Sedangkan persoalan berikutnya adalah berkaitan dengan persoalan semasa yang juga bergantung kepada keadaan tempatan negara Islam tersebut berada seperti persoalan yang di sebabkan oleh sisa-sisa masa penyelewengan seperti: dengan raja/penguasa dictator, adanya kebaikan yang berpenyakit, peninggalan para penyeru ke neraka jahanam, bekas penjajah yang meninggalkan hokum sampai ditinggalkannya sholat. Perkara-perkara diatas menyebabkan kaum muslimin jahil terhadap Islam. Persoalan lainnya adalah penyakit-penyakit hasil penjajahan seperti: wujudnya berbagai lembaga kekufuran, akibat penjajahan yang akhirnya keterbelakangan iptek, masyarakat Islam yang cara berfikirnya salah, kejiwaan ummat yang salah seperti rendah diri. Keadaan ini menyebabkan adanya dominasi musuh-musuh terhadap ummat. Kemudian persoalan lainnya yang wujud adalah terdapatnya kekuatan yang menantang seperti: musuh yang menyusn aktivitinya dengan perencanaannya, dengan penyusunannya dan dengan sarananya yang canggih. Mereka melkukan perang jahiliyah yang tersusun dengan rapi.Akibatnya ummat Islam seperti buih(hadist) yang ringan timbangannya dan mengikut arus.

Jalan keluar dari masalah yang dihadapi ummat demikian adalah mesti betul-betul bersedia dan berda’wah secara serius. Beberapa jalan keluarnya adalah muslim mesti memiliki ilmu pengetahuan, melaksanakan pembinaan/tarbiyah dan juga jihad. Penumpuan jihad hendaknya membangun syakhsiyah Islamiyah.

Hasyiah
1.Persoalan ummah
Syarah
·          Persoalan ummah disebabkan kerana da’wah yang tidak berjalan atau kurang berkesan. Da’wah dan jihad ini adalah sebagai penyokong dan atap bagi akhlak dan ibadah yang akan di bangun secara baik sehingga rumah Islam ini dapat di bangun secara baik  Tanpa da’wah maka permasalahan akan bermunculan secara bertahap dan kemudian memuncak keatas diri ummat Islam. Masalah ummat kerana da’wah tidak berkesan tidak di sebabkan oleh permasalah pembawa da’wah itu sendiri yang senantiasa ada mengiringi da’wah dan persoalan yang di sebabkan oleh keadaan semasa sebagai respon dan kesan keadaan sebelumnya dan keadaan akan dating.
·          Persoalan yang senantiasa ada
Syarah
·          Persoalan yang selalu muncul adalah persoalan mengnai manusia, persoalan ini selalu ada selama manusia ini tetap hidup dan bersama da’wah. Dari zaman Nabi Adam hingga sekarang, keadaan manusia adalah isu permasalahan utama yang tidak pernah habis dan tak kunjung padam.Masalah yang perlu dihadapi adalah bagaimana kita menghadapi keadaan manusia ini dengan baik dan dapat mengatasi pernasalahan sebagai sarana meningkatkan keupayaan dan ketahan diri. Beberapa persoalan manusia ini adalah masalah kejiwaan manusia yang unik dan mudah berubah mengikuti keadaan dan suasana, kecenderungan peribadi ke arah tertentu, masalah watak yang beragam, pengaruh syahwat dan keadaan instink manusia.
·          Persoalan kontemporer
Syarah
·          Keadaan semasa yang merupakan masalah yang ada pada reality saat ini berdasarkan kepada persoalan-persoalan sebelumnya seperti akibat dari sisa masa penyelewengan, penyakit dari penjajah dan adanya kekuatan yang menantang. Dari permasalahn ini akan mewarnai bagaimana keadaan dan masalah ummat sekarng ini. Pertimbangn kepada isu semasa ini merupakan suatu yang penting bagi menjalankan da’wah yang benar dan baik di tengah kancah perjuangan yang banyak dipengaruhi banyak factor.

4. Sisa masa penyelewengan
Syarah
·          Sebahagian dari negara dan masyarakat Islam barulah lepas dari keadaan yang dikuasai oleh dictator yang kejam dan raja yang tidak menjalankan Islam, juga berbagai keadaan yang muncul sebelum seperti pengaruh aliran sesat atau da’wah yang membawa kehancuran seperti da’wah yang berorientasikan kepada jihad senjata, da’wah sebelumnya yang membawa kesan dan imej yang negatif, dan kekuasaan yang menjadikan muslim tidak mengerjakan amalan Islam termasuk sholat.
·          Persoalan manusia yang selalu menyertai da’wah ini dan persoalan semasa akan menjadikan ummat bodoh kepada Islam.

5.Penyakit akibat penjajahan
Syarah
·          Penyakit yang juga diambil kira sebagai sebab munculnya suatu kekalahan dan kehancuran Islam adalah berbagai lembaga-lembaga kekufuran seperti mahkamah, hokum jahiliyah, system pentadbiran dan juga berbagai aturan yang dilembagakan seperti industrial court; penjajah juga meninggalkan keterbelakangan ilmu pengetahuan dan tehnologi yang sengaja diciptakan oleh penjajah sehingga menjadikan umat semakin bodoh; penjajah juga menjadikan ummatsalah berfikir atau mempunyai pemikiran yang tidak betul dan kejiwaan yang menyertainya tidak normal seperti rasa rendah diri dan tidak percaya diri.
·          Keadaan ini menjadikan ummat Islam di dominasi oleh musuh-musuh Islam.

6.Kekuatan yang menentang
Syarah
·          Kekuatan-kekuatan yang menentang terhadap da’wah Islam sangat banyak di dalam masyarakat sekuler saat ini. Kepentingan-kepentingan sekuler merasa tidak terjaga apabila Islam berjaya.Keinginan hawa nafsu mereka tidak akan tersalurkan dengan tegaknya da’wah Islam sehingga mereka berusaha mati-matian menentang kekuatan Islam dan memadamkan da’wah Islam. Kekuatanyang menentang ini dirancang dengan perencanaannya dan sarana yang bak.Mereka melakukan perang jahiliyah yang disusun rapi.
·          Akibat kekuatan ini adalah ummat Islam seperti buih yang ringan timbangannya dan mengikuti arus.

7.Jalan keluar
Syarah
·          Jalankeluar dari permasalahan ini adalah masyarakat muslim mesti berilmu sehingga dengan ilmu ini tidak akan terpengaruh sesat dan umat Islam mempunyai benteng yang kuat.Ilmu yang benar tsaqafah yang luas perlu dipelihara dan diamalkan dengan menjalankan tarbiyah atau pembinaan. Kemudian jihad menjadi penegak dan pemeliharaan masalah walaupun demikian jihad yang dimaksudkan adalah lebih kepada da’wah untuk membangun syaksiyah Islamiyah.

Ringkasan dalil
·          Persoalan da’wah :1. Persoalan yang senantiasa ada : kejaiwaan manusia dengan kecenderungan, watak, syahwat dan instink. 2. Persoaalan semasa:A.sisa-sisa mesa penyelewengan dengan:Raja/penguasa dictator, kebaikan yang berpenyakit, para penyeru ke neraka jahanam, ditinggalkannya hukumsampai ditinggalkannya sholat. Dua perkara diatas menyebabkan kaum muslimin jahil terhadap Islam. B. penyakit penyakit hasil penjajahan : berbagai lembaga kekufuran, keterbelakangan iptek, cara berfikir yang salah, kejiwaan yang salah. Hal ini menyebabkan adanya dominasi musuhh-musuh terhadap ummat. C. Kekuatan yang menantang: dengan perencanaannya, dengan penyusunannya dan dengan sarananya. Mereka melakukan perang jahiyah yang tersusun rapi.
·          Akibat ummat Islam seperti buih(yang ringan timbangannya dan mengikuti arus.
·          Jalan keluarnya adalah ilmu pengetahuan, pembinaan/tarbiyah: dan jihad. Penumpuan jihad hendaknya membangun syakhsiyah Islamiyah.

0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More