Senin, 20 Juni 2011

Ma'rifatul Qur'an


Pendahuluan

AI-Quran adalah kalamullah. la telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada nabi Muhmmad s.a.w sebagaimana Idtab Taurat, Injil  .dan Zabur diturunkan kepada nabi-nabi sebelum baginda s.a.w.   AI-Quran merupakan rujukan asal kepada risalah islam. Sesiapa  yang tidak rnerujuk kepada al-Quran bermakna dia jauh dari panduan dan rujukan Islam. AI-Quran merupakan kitab petunjuk dan pembawa rahmat kepada sekelian alarn. Segala panduan terhadap aturan hidup dan kehidupan antara manusia dengan Tuhan, alam, masyarakat dan diri sendiri termuat di dalam AI-Quran. Sesiapa yang mendekati sumber hidayah ini insya  Allah akan tersentuh dengan petunjuknya dan sesiapa yang tidak mendekatinya wal'iyaazubillah .... akan jauh dari hidayahnya.
AI-Quran yang merupakan kalamullah itu adalah mukjizat yang cukup hebat, tetap dan kekal walaupun melalui peredaran zaman. Mukjizat yang mencabar jin dan juga manusia.  Mukjizat yang menjadikan semua pendukung kesesatan dan ekstremes nafsu terduduk membisu.  Allah telah rnenjadikan al-Quran sebagai basahan hati kepada mereka yang mempunyai penglihatan dan makrifat. Mukjizat al-Quran ini tidak menjadi usang lantaran penolakan berterusan oleh golongan yang tidak beriman dan juga peredaran masa. Mukjizat ini tetap dijaga oleh Allah seperti yang dijanjikan olehnya di dalam al-Quran (15: 9) Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan az-Zikra (al-Quran) dan Kami yang akan menjaganya.
Allah s.w.t telah menyebut di dalam al-Quran ini dengan berbagai sebutan terhadap kiitabNya. Ada yang disebut sebagai Hudan (petunjuk) kerana ia betul-betul membawa petunjuk kepada manusia , Rahmatan (rahmat) kerana sesiapa yang mengikuti petunjuknya akan mendapat rahmat, Nur (cahaya) kerana ia menyinarkan jalan hidup manusia, Syifa' dan lain-lain lagi yang jumlahnya tidak kurang dari sepuluh nama. Setiap nama itu adalah menunjukkan kepada ciri- ciri yang dimiliki oleh al-Quran itu sendiri.
Al-Quran adalah kiitab yang lengkap sebagai pedoman hidup manusia dalarn segenap aspek. la adalah kiitab yang menerangkan hukum-hukum syariat dari segi halal-hararn dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan manusia. la juga membawa kisah-kisah dan berita-berita pengajaran sebagai bahan berfikir terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam sejarah seperti ashabul kahfi, tentera bergajah, kaum 'Aad, Thsamud, Firaun dan lain- lain. AI-Quran juga merupakan panduan seluruh manusia beriman tentang jihad, skop dan pelaksanaannya. AI-Quran memainkan fungsi utama di dalam mendidik dan mentarbiah jiwa- jiwa manusia menjadi hamba yang sebenar-benarnya.
Sehubungan dengan itu, kita perlu mengetahui betapa penting mengambil faedah daripada al- Quran ini, syarat-syaratnya dan bagaimanakah cara berinteraksi  yang betul dengan al-Quran irii. Semoga dengan panduan-panduan ringkas ini kita dapat menjadi orang yang paling baik hubungannya dengan al-Quran dan dapat melaksanakan kesan al-Quran terhadap kehidupan jiwa dan fizikal kita dalam rangka kita beribadah terhadap Allah s.w.t.

TAKRIFUL QURAN

Objektif
a.Memahami definisi AI Qur'an dan dapat menunjukkan kelebihan-kelebihannya berdasarkan definisi tersebut.
b.Termotivasi untuk sentiasa membaca AI Qur'an dalarn rangka beribadah kepada Allah
AI-Quran adalah kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w yang disampaikan kepada kita secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadah
Hasiyah
Apabila disebut nama al-Quran, ia mengandungi beberapa hakikat yang berikut:
1. Kalamullah
Syarah
a Kalam adalah wasilah untuk menerangkan sesuatu di dalam diri dengan ilmu pengetahuan, nasihat atau berbagai kehendak Ialu memahamkan perkara itu kepada orang lain. Tentu sekali Allah bersifat dengan sifat kalam. Tersebut di dalam al-Ouran bahwa Allah berbicara dengan Nabi Musa dan al-Quran sendirl telah menerangkan bahwa al-Quran itu adalah kalam Allah. Maka kalam yang didengar dari Allah itu sudah pasti menjadi salah satu sifat dan juga keadaan yang ada pada Allah.
* Kitab-ktab yang telah diturunkan oleh Allah kepada para Nabi a.s adalah menjadi di antara fenomena bahwa Allah s.w.t bersifat dengan sifat Kalam. Allah s.w.t telah berbicara dengan setengah nabinya seperd Musa dan Muhammad pada malam mi’raj dan  Allah akan berbicara dengan banyak lagi hambanya pada hari kiamat.
Adapun hakikat kalam itu sebagai sifat Allah , kita tidak mengetahui bagaimanakah keadaannya. Yang kita percaya bahwa Dia tidak sebagaimana kalam makhluk dari segi lafaz yang keluar dari celah kedua bibir dan juga lidah yang dikawal oleh paru-paru, kerongkong dan juga gigi. 'tidak ada sesuatupun yang menyerupai Dia.
Allah bercakap kepada siapa yang dikehendaikinya dari kalangan hambanya, malaikat
maupun yang lainnya.
Dalil
a (53:4) : Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita bahwa al-Quran itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada Nab Muhammad s.a.w.
2. Mukjizat
Syarah
* AI-Quran yang merupakan kalamullah itu adalah mukjiizat yang cukup hebat, tetap dan kekal walaupun melalui peredaran zaman. Mukjizat ini diakui oleh para cendikiawan dahulu dan juga sekarang. Sampai saat ini pun al-Quran masih menjadi sumber rujukan utama kepada para pengkaji baik dalam ilmu sosial, sains, bahasa dan lain-lainnya. Tidak pernah ada satu kitabpun sebelum ini yang membawa penyataan-penyataan yang boleh dijadikan bahan kajian beratus tahun. Dalam bidang bahasa, pakar-pakar bahasa Arab dari zaman dahulu hingga sekarang tetap menjadikan al-Quran sobagai rujukan. Begitu juga dalam bidang astronomi, kaji bumi, ilmu perbidanan dan sebagainya.
Mukjizat al-Quran juga mencabar jin dan juga manusia. Mencabar dari segi membuat sesuatu yang seumpama al-Quran ataupun mencabar dari segi kemampuan mencipta sesuatu seperti cabaran supaya manusia berkumpul untuk menciptakan seekor Ialat, dijawab oleh al-Quran bahawa mereka semuanya tidak akan mampu.
Mukjizat yang menjadikan semua pendukung kesesatan dan ekstremes nafsu terduduk membisu kerana hakikat yang dinyatakan oleh al-Quran itu adalah benar dan hakikat semuanya yang tidak akan mampu sama sekali pendukung hawa dan kesesatan untuk
berhujjah di hadapan al-Quran.
* Allah telah menjadikan al-Quran sebagai basahan hati kepada rnereka yang mempunyai penglihatan dan makrifat. Mukmin akan merasa tenang dan hampir diri dengan kebenaran apa bila mendampingi al-Quran kerana hakikat diri manusia yang lemah diceritakan oleh AlIah dan hakikat pergantungan sebenar manusia adalah kepada yang benar-benar berkuasa. Tidak ada kuasa lain yang mengatasi kudrat dan kemampuannya. Oleh itu isi al-Quran membawa keceriaan kepada mukmin dan takutkan kepada azab neraka.
* Mukjizat al-Quran ini tidak menjadi usang lantaran penolakan berterusan oleh golongan yang tidak beriman dan juga peredaran masa . Ini kerana apa yang dikandung oleh al-Quran adalah merupakan thawabit dalam sistem pemerintahan dan kejadian alam seluruhnya. Manusia yang dangkal pemikrannyanya berusaha menolak al-Quran kerana merasakan al- Qu.ran itu bertentangan dengan kehendak dan keinginan nafsunya. Sememangnya tuntutan nafsu ini adalah kontradiktif dengan tuntutan asal manusia dijadikan. Oleh itu mereka tidak akan mampu menolak thawabit yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t.    -
* Mukjizat ini tetap dijaga oleh Allah seperti yang dijanjikan olehnya di dalam al-Quran (15: 9) Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan az-Zilwa (al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya.
Dalil
* (2:23) Allah mencabar manusia, jika mereka meragukan al-Quran yang Allah turunkan coba buatkan satu surah yang lain seumpamanya dengan membawa saksi-saksi selain dari Allah jika mereka adalah pihak yang benar!
* (11:14) jika mereka tidak memperkenankan permintaan kamu, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya al-Quran  itu diturunkan dengan pengetahuan Allah dan bahwa  tidak ada tuhan selain Dia. Adakah kamu orang-orang muslimin patuh mengikutinya!
(17:88) Sekali lagi Allah mencabar bahwa jika manusa dan jin berhimpun untuk mengadakan sesuatu seumpama al-Quran, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demilkian.
3. Diturunkan kepada hati Nabi Muhammad s.a.w
Syarah
*  Allah s.w.t telah menurunkan al-Quran ini secara langsung kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui utusannya jibril a.s. Kisah penerimaan wahyu pertama oleh Baginda di Gua Hira' mengisyaratkan betapa beratnya urusan itu diterima sehingga beberapa kali dipeluk oleh jibril dan Baginda menggigil kesejukan. Proses penurunan itu ditangani langsung oleh jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w. Setiap ayat yang diturunkan dihafal oleh baginda sehingga sempurna sebuah al-Quran.
Dalil
.c (26:192-195) Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Diturunkan oleh ruh yang suci (Jibril). Kedalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan. Dengan Bahasa Arab yang terang.
4. Di sampaikan secara mutawatir sehingga terpelihara asolahnya Syarah
   AI-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w  adalah sebagai petunjuk kepada manusia. Oleh itu apabila wahyu itu sampai kepada Rasulullah, baginda terus menyampaikan kepada para sahabat terutama golongan huffaz yang bertugas menghafal wahyu-wahyu dan ditulis oleh para sahabat yang ditugaskan khusus yang sentiasa ternanti-nanti sesuatu yang baru.
   AI-Quran yang diturunkan itu ditulis dengan arahan dari Nabi s.a.w di atas pelepah- pelepah tamar, tulang-tulang, kulit-kulit binatang dan sebagainya mengikut tertib penurunannya. Di kalangan sahabat ada yang membuat salinan khusus untuk simpanan sendiri dari Rasulullah s.a.w. Pada zaman Abu Bakar, Zaid bin Thabit                      telah dipertanggungjawabkan mengumpul al-Quran ke dalam satu mashaf setelah bermusyawarh dengan Umar. Pada zaman Uthman, mashaf pertama telah ditulis berdasarkan naskhah yang tersimpan pada Hafsah binti Umar yang telah dikumpulkan oleh Abu Bakar. Zaid bin Harithah, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin AI-'Ash dan Abdul Rahman bin AI-Harith telah ditugaskan untuk melaksanakan tugas itu dengan meraikan apa-apa perbezaan yang ada. Uthman menyimpan satu naskah, manakala yang lain dihantar ketempat-tempat lain. Sehingga ke hari ini mushaf ini dikenal sebagai mushaf utsmani.


5. Membacanya adalah ibadat
Syarah
Membaca al-Quran adalah nembaca kalamullah  yang mengandung berbagai jenis petunjuk dari Allah s.w.t untuk kepentingan manusia. Oleh itu membaca al-Quran adalah ibadah yang dituntut kepada manusia melakukannya. Apabila kita membaca al-Ouran, Allah menjanjikan ganjaran yang cukup besar  dan kelebihan-kelebihan yang tiada tandingannya.
Dalil
(35:29-30) Orang-orang yang membaca al-Quran, bersolat dan bernafkah harta,  Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambahi kepada mereka dengan karunia-Nya.
Hadith riwayat Aisyah, baginda bersabda: Orang yang membaca al-Quran sedangkan dia seorang yang lancar, maka dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperoleh dua ganjaran. - riwayat Bukhan dan Mushin.
Haditli riwayat Abu Musa al-Asya'ari: Orang mukmin yang men-ibaca al-Quran umpama citron (sejenis limau). Baunya harwn dan rasanya lazat. Orang mukmin yang tidak membaca al-Quran umpama buah kurma. la tidak mempunyai bau tetapi rasanya sedap dan manis. Orang munafiq yang membaca al-Quran umpama buah raihanah, baunya sedap tetapi rasanya pahit. Orang munafiq yang tidak membaca al-Quran umpama petola, ia tidak mempunyai bau dan rasanya pahit. - riwayat Bukhari dan Muslim
* Hadith riwayat Abu Umamah al-Bahili: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya. - riwayat Muslim

Ringkasan Dalil

* AI Qur'an adalah kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW yang disampaikan kepada kita secara rnutawatir dan membacanya merupakan ibadah
*AI Qur'an: kalam Allah (53:4), mukjizat (2:23, 11:14, 17:18, hadits), diturunkan kepada hati Muhammad SAW (26:192-195), disampalkan secara mutawatir sehingga terpelihara asholahnya (hadits), membacanya adalah ibadah (hadits).

Asmaa’ Al-Qur’aan (Nama-nama Al Quran)

Nama-nama lain bagi Al Quran yang disebut sendiri oleh Allah SWT melebihi sepuluh nama di antaranya adalah Al Kitab, Al Huda, Al Furqan, Rahmat, Ruh, As-Syifa, Al Haq, Al Bayan, Al Mauidhah, Adz Zikru, dan Busyra. A. Al-Kitaab (Kitab)

Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan bans tanwin diakhirnya (kitabun) memberikan makna umum yaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan loam didepannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al Quran itu disebut oleh Allah adalah Al Kitab.


Dalil

Q.2:2. Aliif Laam Miim. Itulah Al-Kitab. Tidak ada keraguan padanya.

Hadits. Abdur Razak meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda, "Kita adalah umat terakhir namun awal pada hari kiamat; kita adalah manusia yang pertama-tama masuk surga, sementara mereka telah diberi kitab sebelum kita dan kita diberi kitab setelah mereka. Lalu Allah menunjukkan kita dengan izinNya inilah kepada kebenaran yang mereka perselisihkan. Hari inilah yang dahulu mereka perselisihkan kemudian Allah menunjukkan kita. Manusia lain mengikuti kita, besok untuk orang-orang Yahudi, dan lusa untuk orang-orang Nasrani".

Nama-nama Al Qur’an itu adalah:

A. AI-Hudaa (Petunjuk)
Allah SWT telah menyatakan bahwa Al Quran itu adalah petunjuk (huda). Dalam satu ayat Allah menyatakan ia sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa dan sate ayat yang lain, ia sebagai petunjuk untuk manusia seluruhnya. Apabila disebut oleh Allah sebagai petunjuk, maka ia merupakansumber rujukan dan jarum kompas bagi kehidupan manusia. Tanpa kitab ini manusia akan menyimpang dari tujuan yang sebenarnya. Karena itulah Al Quran adalah petunjuk yang mesti digunakan.

Dalil

Q.2:2. Aliif Laam Miim. Itulah Al-Kitab. Tidak ada keraguan padanya. Petunjuk bagi orang-orang yang muttaqin.
 Q.2:185. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu Nadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

B. AI-Furqaan (Pembeda)

Allah SWT memberi nama lain Al Quran dengan Al Furqan berarti Al Quran sebagai pembeda antara yang haq dan bathil. Mengenal Al Quran maka otomatis dapat mengenal Al Haq dan dapat membedakannya dengan kebathilan.

Dalil
Q.25:1. Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqan (Al Quran) kepada hambaNya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.

C. Ar-Rahmah (Rahmat)

Allah menamakan Al Quran dengan rahmat adalah karena dengan Al Quran mi akan melahirkan iman dan hikmah  Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al Qur’an ia akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan itu.
Dalil
Q.17:82. Kami turunkan daripada Al Quran itu apa yang sebagai, syifa' (penyembuh) dan rahmat kepada orang­orang yang beriman.                  
D. Ar-Ruuh (Ruh)
                                                                      
Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturup,kan kepada rasulNya SAW sebagai ruh. Sifat ruh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia, yang bila tanpa ruh ia akan mati, busuk, dan tidak berguna  bahkan ia akan dipandang seperti binatang yang mati ditepi jalan. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al Quran,mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.
Dalil
Q.42:52. Demikianlah kami mewahyukan kepada, engkau suatu ruh . (Al, Quran yang menghidupkan hati) dari perintah Kami        
Q.40:15. Di menurunkan ruh (Al Qur’an)  perintah-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya supaya Dia memberikan peringatan dengan Hari pertemuan (Kiamat).

Hadits. Al Bukhari  meriwaayatkan dari `Ubadah bin Shamit dari Rasulullah SAW, bersabda: Barangsiapa yang bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah Yang Esa,. Tiada sekutu bagiNya;  bahwasanya Muhammad adalah hamba dan RasulNya; bahwasanya Isa adalah hamba Allah, dan RasulNya, dan firmanNya yang disampaikan kepada Maryam dan merupakan ruh dariNya; dan bahwa surga itu adalah hak dan neraka adalah hak, maka Allah akan memasukkannya ke dalam surga sesuai dengan amalannya yang ada" (HR Bukhari).

E Asy-Syifaa’ (Obat)

Allah SWT telah mensifatkan bahwa Al Quran yang diturunkan kepada umat manusia lewat Nabi Muhammad SAW sebagai penyernbuh atau obat. Bila disebut obat, tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Katsir dinyatakan bahwa Al Quran adalah penyembuh dari penyakit-penyakit yang ada dalarn hati-hati. manusia seperti syirik, sombong, congkak, ragu, dan sebagainya.

Dalil
Q.10:57. Wahai manusia, telah datang kepada kamu peringatan dari Tuhanmu dan menyembuhkan apa yang ada di dalam (dada) hati, serta petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

G. AI-Haq (Kebenaran)

Al-Haq adalah kebenaran. Al Quran dinamakan dengan al-Haq karena dari awal hingga akhirnya, kandungan Al Quran adalah kebenaran semua. Kebenaran dari Allah yang menciptakan manusia dan mengatur sistem untuk manusia hidup di alam ini. Bukanlah kebenaran itu mengikuti ukuran dan nafsu manusia, karena pandangan dan nafsu manusia terlalu dangkal dan terbatas dalam menentukan keadilan dan kebenaran hakiki. Karena itulah, ukuran dan pandangan dari Al Quran adalah sesuatu yang sebenarnya hares diikuti dan dijadikan prioritas dalam mengukur dan mempertirnbangkan sesuatu.

Dalil
Q.2:147. Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah engkau termasuk orang-orang yang ragu.

H. Al-Bayaan (Penerangan)

Al Quran adalah kitab yang membawa keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Manakah yang haq dan manakah yang bathil, manakah yang murni dan manakah yang palsu, jalan manakah yang selamat dan jalan manakah yang menyesatkan. Selain itu, Al Quran juga menerangkan kisah­kisah umat terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga. Semua keterangan ini wajib ditadaburi oleh manusia untuk menyelamatkan tujuan hidup mereka sehingga mereka akan mati dengan penuh kemuliaan.

Dalil
Q.3:138. Al Quran ini adalah keterangan untuk manusia, petunjuk dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

I. Al-Mau'izhah (Pengajaran)

Al Quran yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, karena manusia senantiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlena dan lalai dari tugasnya karena mereka senantiasa diikuti oleh syaitan laknatullah yang akan melarikan rnereka dari jalan Allah.

Dalil
Q.3:138. Al Quran ini adalah keterangan untuk manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang yang bertakwa.
 Q.54:17. Sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran (bagi manusia) sebagai pelajaran, maka adakah orang­ orang yang mau mengambil pelajaran?
Q.54:22. Sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran (bagi manusia) sebagai pelajaran, maka adakah orang­-orang yang mau mengambil pelajaran?

J. Adz-Dzikr (Pemberi Peringatan)

Allah SWT menyifatkan Al Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) karena sebetulnya Al Quran itu senantiasa memerukan peringatan kepada manusia karena sifat lupa yang tidak luput dari manusia. Lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia maupun lupa terhadap tuntutan-tuntutan yang sepatutnya ditunaikan terhadap dirinya sendiri. Oleh karena itu kita yang beriman dengan Al Quran dituntut untuk senantiasa bersama Al Quran. Selain sebagai ibadah, Al Quran itu senantiasa memperingatkan kita dengan tanggungjawab kita. Di dalam harakah, seorang mukmin diturtut untuk bersama dengan Al Quran satu juz setiap hari secara tilawah.

Dalil
Q.15:9. Sesunggubnya Kami telah turunkan adz-dzikra (peringatan) dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya.
K. Al-Busyraa (Berita Gembira)
Al Quran sering menceritakan kabar gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah dan menjalani hidup mereka menurut kehendak dan jalan yang telah diatur oleh Al Quran. Kabar-kabar ini menyampaikan akhir yang baik dan balasan yang mengembirakan bagi orang yang patuh pada jalan Al Quran. Seperti dihadiahkan dengan surga, dinikahkan dengan bidadari, dan diberikan kemewahan hidup yang tidak pernah tergambar oleh lintasan pemikiran kita sendiri. Terlalu banyak janji-janji gembira yang pasti dari Allah untuk mereka yang beriman. Karena itu Allah menyebutkan juga Al Quran sebagai pembawa berita gembira (busyraa).
Dalil
Q.16:89. Dan Kami turunkan kepada engkau Kitab Al Quran untuk menerangkan segala sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta kabar gembira bagi orang- orang Islam.


Makaanah Al-Qur'an (Kedudukan Al Quran)
                                                                 
Kedudukan Al Quran atau fungsinya meliputi beberapa hal di antaranya adalah kitab berita dan kabar, kitab hukum syariah, kitab jihad, kitab tarbiyah, pedoman hidup dan kitab ilmu pengetahuan.

A. Kitaab An-Naba, wa Al-Akhbaar (Kitab Berita dan Kabar)

Sejak awal suratnya, Al Quran telah membawa berita umat­umat terdahulu dan kabar-kabar akan datang yang berkaitan dengan alam kubur, alam akhirat serta pembalasan yang akan diterima oleh manusia. Al Quran membawa kisah­kisah Habit dan Qabil, kisah Nabi Nuh, isteri, anak dan kaumnya, kisah Taufan, kisah Luqman, kisah Nabi Ibrahim, kisah Ashabu Rassi, kisah Ashabul Kahfi, kisah orang yang dimatikan Allah seratus tahun, kisah kaum Tsamud dan Nabi Saleh, kisah kaum Luts, kisah Fir'aun, kisah Zulqarnain, kisah Yakjuj dan Makjuj, kisah perempuan Aziz, kisah anak-anak perempuan Nabi Syuaib, kisah Nabi Musa, kisah Ashabul Fiil, kisah Abu Lahab dan lain-lain.

Banyak kabar-kabar yang dibawa oleh Al Quran menyentuh perkara-perkara yang akan datang, di antararya ialah persoalan maut, ajal bagi setiap individu atau umat, kebangkitan hari mahsyar, yaumul wa'iid, yaumul taghaabun, tsaamatul kubua, dan kedahsyatan hari kiamat. Berita-berita ini gunanya untuk memperingatkan dan mendorong manusia untuk kembali kepada Allah dan merasakan kebesaran-Nya.

Dalil

Q.78:1-2. Tentang apakah yang mereka bertanya-tanya. Tentang berita yang besar.
B. Kitaab Al-Hukm Wa Asy-Syarii'ah (Kitab Hukum Syariah)

Al Quran adalah kitab yang membawa hukum-hukum syariat dalam bentuk undang-undang dan perlembagaan, taklif, tanggungjawab pribadi, hal-hal yang diharamkan, batasan usia taklif, ketentuan perhiasan dan makanan yang halal, hukum menepati janji dan sumpah, menunaikan nazar, dosa-dosa besar, qisas, hukuman terhadap orang kafir, hukum pembunuhan, hukum hudud, hukum pengampunan, menyembunyikan persaksian dan sebagainya.

Semua ulama sepakat bahwa hukum syariat hanya diturunkan untuk mewujudkan berbagai kemaslahatan hidup umat manusia di dunia dan di akhirat.

Al Quran menerangkan hukum ke dalam 4 sistem, yaitu bersifat tegas yang tidak memungkinkan adanya ijtihad seperti shalat, zakat, pusaka dan zina, tidak berapa terang maksudnya yang memungkinkan timbulnya perbedaan di antara mujtahid, perintah-perintah dan larangan-larangan senantiasa diikuti oleh targhib dan tarhib dan mengulang­ulangi sesuatu hukum di beberapa tempat.

Adapun Al Quran dalam menetapkan hukum yaitu secara mujmal, agak jelas dan agak terperinci, dan menetapkan kaidah-kaidah dan dasar-dasar yang umum.
Dalil
Q.5:49,50. Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah terhadap mereka supaya mereka tidak menyesatkan kamu dari sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling, ketahuilah bahwa Allah hanya menghendaki supaya mereka ditimpa siksaan karena sebagian dosa mereka sendiri. Sesrmgguhnya kehanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

C. Kitaab Al-Jihaad (Kitab Jihad)

Satu hal yang amat ditekankan oleh Al Quran ialah persoalan jihad. Di dalam hal ini Al Quran membawa banyak ayat yang tnenyeru agar kita berjihad seperti menghindar dari melampaui Batas, batas-batas jihad, kecenderungan kepada perdamaian, konsep peperangan dalam Islam, pujian terhadap jihad, kemuliaan bagi mujahidin, kecaman terhadap mereka yang tertinggal dari medan jihad, lari dari jihad, sistem jihad dan aturannya, shalat dalam peperangan, peperangan dalam bulan haram, barang, tawanan, dan sebagainya.
Dalil
Q.29:69. Dan mereka yang berjihad di jalan Kami, (pasti) Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang melakukan kebaikan.
D. Kitaab At-Tarbiyah (Kitab Tarbiyah)

Peranan besar juga yang dimainkan oleh Al Quran ialah sebagai kitab yang mendidik jiwa-jiwa manusia menjadi jiwa­-jiwa yang mempunyai kemuliaan diri, mandiri, bebas dari penghambaan sesama makhluk, bermasyarakat, beradab, dan tahu nilai-nilai murni sebagai manusia yang berperan sebagai khairu ummah.
Dalil
Q.3:79. Tidak wajar bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah, dan kenabian, lalu is berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembal-i-penyem.bahku, bukan penyembah Allah. Tetapi (hendaklah ia mengatakan): Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani karena kamu mengajarkan Kitab dan kamu mempelajarinya.

Hadits. Dari Utsman berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya" (H.R. Bukhari).
E. Minhaaj Al-Hayaah (Pedoman Hidup)

Al Quran menceritakan bahwa sesungguhnya manusia itu bodoh. Untuk menampung kebodohan menjadi hamba sejati-Nya, maka Allah utus kepada setiap urnat itu rasul yang membawa pengajaran-pengajaran dan juga peringatan. Begitu juga kepada umat kita, diutus Nabi Muhammad SAW bersama isi risalahnya yang terdapat di dalam Al Quran. Al Quran memandu manusia kejalan yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam segala aspeknya dari apa yang dibawa oleh A1 Quran.

Allah telah menurunkan Al Quran untuk menjelaskan segala sesuatunya yang menjadikan pedoman bagi setiap individu maupun sebagai peraturan bagi masyarakat. Al Quran adalah pedoman praktis yang menjamin dasar yang mengarah kepada hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan dengan dirinya, hubungan dengan keluarganya, masyarakat, kaum muslimin maupun non muslim.
Dalil
Q.28:50. Kalau mereka tidak menjawab (tantanganmu , maka ketahuilah bahwa mereka semata-mata menurut hawa nafsu saja. Siapakah yang terlebih sesat dari orang yang mengikuti hawa nafsunya tanpa petunjuk dari Allah  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

F Kitaab Al Ilm (Kitab Ilmu Pengetahuan)

Di dalam Al Quran terdapat banyak Petunjuk yang  menyentuh berbagai aspek ilmu pengetahuan, tidakkita bidang ilmu yang kita ketahui maupun yang tidak kita ketahui.

Dalam banyak ayatnya, Al Quran mengajak manusia untuk memikirkan tanda-tanda kekuasaan Allah di langit, mengajak untuk memikirkan penciptaan bumi, mengajak untuk memikirkan penciptaan manusia, mengajak untuk mengadakan perjalanan di muka bumi dan mengajak mengajak manusia untuk saling mengenal satu sama lain. Al Qur’an mengajak manusia mempelajari berbagai ilmu pengetahuan yang dapat dijangkau oleh pemikiran manusia. Al Quran mengajak mempelajari berbagai ilmu tersebut dalam rangka jalan untuk mengetahui al Haq. dari apa yang dibawa oleh Al Quran. Al Quran juga mengajak berbagai kelompok agAma dan suku melalui hujah dan penalaran.

Dalil
Q.96:1- 5. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar dengan Al Qalam. Yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.


0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More